Daftar akaun

Written by

in

Dalam tutorial ini, anda akan cipta akaun Wabot dan sampai ke Dashboard.

Masa diperlukan: 8 minit

Sebelum mula

Pastikan:

  • Anda boleh buka e-mel.
  • Anda ada nombor telefon untuk akaun.

Guna e-mel kerja yang kerap dicek. Wabot mungkin hantar pautan verify ke situ.

1. Buka Sign Up

Pergi ke app.wabot.io/login.

Klik Sign Up.

2. Isi butiran

Masukkan:

  • First Name
  • Last Name
  • Email Address
  • Company Name
  • Phone Number
  • Password
  • Confirm

Untuk Phone Number, guna kod negara. Jangan guna + atau ruang.

Betul: 60123456789 <br>Salah: +60 12-345 6789

3. Setuju dan cipta

Tandakan I agree to the Terms and Privacy.

Klik Create Account.

4. Buka Dashboard

Jika Wabot minta verify e-mel, buka pautan, kemudian sign in.

Anda patut sampai ke Dashboard.

Pastikan ia berjaya

Menu kiri tunjuk Dashboard, Accounts dan Live Chat.

Anda bukan pada skrin Sign In.

Kalau tak jadi

Saya sudah ada akaun

Klik Sign In. Masukkan Email Address or Username dan Password.

Jika terlupa kata laluan, klik Forgot password.

E-mel verify tidak sampai

Semak spam. Jika masih tiada, klik Sign In, kemudian cuba Forgot password, atau hantar e-mel anda kepada pasukan.

Saya mahu guna Google

Pada halaman yang sama, klik Google di bawah OR CONTINUE WITH.

Seterusnya

Sambung nombor WhatsApp ini. Pilih satu.

Sambung Unofficial API →

Sambung Official API →

Mahukan label skrin dahulu? Lawati Dashboard