Dalam tutorial ini, anda akan mengemas kini nama dan zon masa dalam Settings.
Masa diperlukan: 8 minit
Sebelum mula
Pastikan:
- Anda sudah log masuk ke Wabot.
Settings ada di bawah SUPPORT. Ini profil pengguna anda, bukan Team Settings.
1. Buka Settings
Pada menu kiri, di bawah SUPPORT, klik Settings.
2. Kemas kini Profile
Buka Profile.
Kemas kini nama atau username. Muat naik avatar jika mahu.
Simpan.
Emel anda mungkin tidak boleh diubah di sini.
3. Tetapkan Preferences
Buka Preferences.
Pilih bahasa dan zon masa.
Simpan.
Guna zon masa tempat anda kerja sebelum jadualkan Broadcast.
Pastikan ia berjaya
Tutorial ini berjaya apabila:
- Profile disimpan tanpa ralat.
- Preferences tunjuk zon masa yang anda pilih.
Kalau tak jadi
Anda mahu tukar kata laluan
Buka Security. Masukkan kata laluan semasa dan yang baharu, kemudian simpan.
Anda mahu jemput rakan sepasukan
Guna Jemput rakan sepasukan. Itu Team Settings, bukan halaman ini.
Tab owner tiada
Notifications, Purchase History, dan Activity Log hanya muncul untuk owner pasukan.
Seterusnya
Profil sudah disimpan. Seterusnya, jemput rakan sepasukan.