Dalam tutorial ini, anda akan uji bot dalam AI Playground dan klik Publish.
Masa diperlukan: 10 minit
Sebelum mula
Pastikan:
- Instance ini pada AI.
- Fail knowledge anda tunjuk Ready. Jika tidak, habiskan Latih AI Knowledge dahulu.
Uji di sini sebelum anda minta pelanggan sebenar berbual.
1. Buka AI Playground
Pada halaman instance, klik AI Playground.

2. Tanya satu soalan sebenar
Taip soalan yang pelanggan akan hantar.
Ada stok baju raya saiz L?
Hantar mesej.

3. Semak jawapan
Baca balasan bot.
Ia patut sepadan dengan persona dan fail yang anda muat naik.
Jika jawapan salah, kembali ke Configure Setting atau AI Knowledge, betulkan, kemudian uji semula.

4. Publish
Bila jawapan nampak betul, klik Publish.
Sahkan dialog.

Pastikan ia berjaya
AI Playground tunjuk jawapan yang anda terima.
Anda sudah klik Publish.
Mesej dari telefon sendiri kini dapat jawapan yang serupa.
Kalau tak jadi
Saya tak nampak AI Playground
Log masuk anda mungkin tidak termasuk akses playground, atau instance masih Keyword.
Jawapan abaikan fail saya
Fail belum Ready, atau AI Knowledge mati. Tunggu Ready, kemudian uji semula.
Publish tak jadi apa-apa
Sahkan dialog selepas Publish. Kemudian hantar satu lagi ujian WhatsApp dari telefon.
Seterusnya
Bila pelanggan perlukan manusia, balas dari Balas perbualan.