Balas perbualan

Written by

in

Dalam tutorial ini, anda akan balas satu perbualan WhatsApp dari Live Chat.

Masa diperlukan: 8 minit

Sebelum mula

Pastikan:

  • Anda sudah log masuk ke Wabot.
  • Akaun WhatsApp tunjuk Online.
  • Anda sudah hantar mesej ujian dari telefon sendiri, atau pelanggan sudah tulis.

Pelanggan nampak balasan dari nombor WhatsApp perniagaan anda, bukan dari Wabot.

1. Buka Live Chat

Pada menu kiri, klik Live Chat.

2. Buka Unread

Di bahagian atas senarai perbualan, klik Unread.

Jika senarai kosong, klik All.

3. Buka perbualan

Klik thread yang mahu dijawab.

Sejarah chat terbuka di panel tengah.

4. Taip balasan

Taip dalam kotak di bahagian bawah.

Terima kasih. Staf kami dah baca mesej anda.

5. Hantar balasan

Tekan Enter, atau klik butang Send.

Pastikan ia berjaya

Mesej anda muncul dalam thread.

Telefon ujian terima teks yang sama di WhatsApp.

Kalau tak jadi

Senarai kosong

Belum ada sesiapa tulis ke nombor ini. Hantar ujian dari telefon, kemudian muat semula Live Chat.

Send kekal disabled

Kotak masih kosong. Taip mesej dahulu.

Pelanggan tak dapat

Semak akaun Online. Kemudian buka Account Error Logs jika gelembung tunjuk failed.

Seterusnya

Hentikan bot dari jawab semasa anda berbual dalam Ambil alih dari bot.