Dalam tutorial ini, anda akan memajukan chat masuk kepada WhatsApp staf bila Default Reply berjalan.
Masa diperlukan: 10 minit
Sebelum mula
Pastikan:
- Default Reply akaun berstatus Enabled.
- Anda tahu nombor WhatsApp staf.
Ini ada di bawah Lead Management pada halaman Default Reply. Ia bukan assign Live Chat, dan bukan tool Leads Forwarder dalam Chatbots.
1. Buka Lead Management
Pada menu sebelah kiri, klik Autoresponder.
Pada kad akaun, klik Configure.
Tatal ke Lead Management.
2. Hidupkan forward WhatsApp
Tetapkan Forward to WhatsApp Number / Group kepada Yes.
Dalam WhatsApp Number / Group ID, masukkan nombor staf.
Gunakan kod negara, tanpa + dan tanpa ruang. Untuk lebih daripada satu nombor staf, pisahkan dengan koma. Wabot akan giliran.
Betul: 60123456789
Salah: +60 12-345 6789
Dalam Forwarded Message, taip apa yang staf patut nampak.
Chat baru dari #wa_name# (#wa_number#): #message#
Anda boleh guna #wa_number#, #wa_name#, #message#, dan #ads_id#.
Klik Save.
3. Hantar ujian
Dari telefon ujian pelanggan yang tidak dikecualikan, mesej akaun yang disambungkan.
Semak telefon staf untuk WhatsApp yang diforward.
Pelanggan patut masih dapat Default Reply jika Status ialah Enable.
Pastikan ia berjaya
Tutorial ini berjaya apabila:
- Forward to WhatsApp Number / Group kekal Yes selepas Save.
- Telefon staf terima mesej yang diforward.
- Telefon ujian pelanggan masih terima Default Reply.
Kalau tak jadi
Hanya pelanggan dapat balasan
- Pastikan tetapan ialah Yes, kemudian Save.
- Semak format nombor staf.
- Pastikan Default Reply memang hantar. Jika ia tidak fire, forward juga tidak.
Nombor staf sama dengan pelanggan
Guna dua telefon berbeza untuk ujian.
Anda mahu assign Live Chat
Assign ada dalam Live Chat. Halaman ini hanya forward salinan WhatsApp ke satu nombor.
Seterusnya
Default Reply boleh sapa pelanggan dan alert staf. Anda boleh kembali ke senarai Autoresponder, atau tetapkan balasan keyword dalam Chatbots.