Pasang plugin WordPress Official

Written by

in

Dalam tutorial ini, anda akan memasang Official API Plugin supaya WooCommerce boleh hantar WhatsApp daripada akaun Official API.

Masa diperlukan: 10 minit

Sebelum mula

Pastikan:

  • Anda sudah log masuk ke Wabot.
  • Akaun Official API yang akan digunakan menunjukkan Online.
  • Anda boleh buka admin WordPress (wp-admin) sebagai administrator.
  • WooCommerce sudah dipasang dalam tapak WordPress itu.

Halaman ini untuk Official API sahaja. Untuk imbas QR, guna Pasang plugin WordPress Unofficial.

Jangan pasang kedua-dua zip plugin dalam tapak yang sama.

1. Muat turun plugin Official

Pada menu sebelah kiri, klik Integrations.

Buka WordPress Plugin.

Klik Official API Plugin. Simpan fail zip.

2. Salin Instance ID dan Access Token

Pada menu sebelah kiri, klik Accounts.

Buka akaun Official API yang Online.

Di bawah API Credentials, salin:

  • Instance ID
  • Access Token

Simpan dalam nota. Jangan terbalikkan dua nilai ini.

3. Muat naik plugin dalam WordPress

Dalam admin WordPress, pergi ke Plugins → Add New Plugin.

Klik Upload Plugin.

Pilih zip yang anda muat turun. Klik Install Now, kemudian Activate.

4. Tampal credential

Pada menu kiri WordPress, buka Wabot.

Jika tiada Wabot, cuba Settings → Wabot.

Tampal:

  • Instance ID
  • Access Token

Jika ada Country, pilih Malaysia.

Simpan.

Jika ada Verify Status, klik. Ia patut tunjuk akaun sudah disambungkan, bukan disconnected.

Pastikan ia berjaya

Tutorial ini berjaya apabila:

  • Wabot muncul dalam WordPress dan plugin berstatus Active.
  • Instance ID dan Access Token sudah disimpan.
  • Verify Status (jika ada) tidak kata disconnected.

Kalau tak jadi

Verify Status kata disconnected

  • Pastikan akaun Official masih Online.
  • Tampal semula Instance ID dan Access Token. Jangan terbalikkan.
  • Guna zip Official API Plugin, bukan Unofficial API Plugin.

Tak jumpa Instance ID

Buka Accounts, klik akaun Official, kemudian cari API Credentials.

Anda muat naik zip Unofficial

Padam plugin itu. Muat turun Official API Plugin dari Integrations → WordPress Plugin dan pasang zip itu.

Seterusnya

Plugin sudah disambungkan. Seterusnya, hantar WhatsApp bila pelanggan buat order.

Hantar WhatsApp order baru kepada pelanggan →