Kecualikan nombor staf

Written by

in

Dalam tutorial ini, anda akan menghentikan Default Reply daripada dihantar kepada staf atau telefon tambahan anda.

Masa diperlukan: 8 minit

Sebelum mula

Pastikan:

  • Default Reply akaun berstatus Enabled.
  • Anda tahu nombor WhatsApp staf yang mahu dilangkau.

1. Buka Configure

Pada menu sebelah kiri, klik Autoresponder.

Pada kad akaun, klik Configure.

2. Tambah nombor dikecualikan

Cari Excluded Phone Numbers.

Masukkan setiap nombor dengan kod negara, tanpa +, dan tanpa ruang. Pisahkan nombor dengan koma.

Betul: 60123456789, 60198765432

Salah: +60 12-345 6789

Klik Save.

3. Uji dari telefon yang dikecualikan

Dari satu nombor yang dikecualikan, hantar WhatsApp ke akaun yang disambungkan.

Chat itu tidak patut dapat Default Reply.

Dari nombor yang tiada dalam senarai, hantar ujian lain. Chat itu patut masih dapat balasan.

Pastikan ia berjaya

Tutorial ini berjaya apabila:

  • Nombor dikecualikan masih ada dalam medan selepas Save.
  • Telefon yang dikecualikan tidak terima Default Reply.
  • Nombor pelanggan biasa masih terima.

Kalau tak jadi

Telefon dikecualikan masih dapat balasan

  • Semak format: kod negara, tanpa +, tanpa ruang.
  • Pisahkan nombor dengan koma sahaja.
  • Save semula, kemudian hantar ujian baharu.

Betul: 60123456789

Salah: 012-345 6789

Anda kecualikan pelanggan tersilap

Buang nombor itu dari Excluded Phone Numbers dan Save.

Seterusnya

Nombor staf dilangkau. Seterusnya, hentikan orang yang sama dapat salam pada setiap mesej.

Jeda dan hantar semula balasan →